5.3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

 5.3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan yang lahir dalam satu negara, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain.




                                                       


Usaha untuk mencapai konsep negara bangsa perlu diutamakan agar penyatuan masih berjalan dan terus memberi perhatian supaya hasrat untuk menjadikan satu negara mengandungi satu bangsa yang dapat dicapai.




 Pada 2018, Ku Hasnan Ku Halim mengemukakan pandangan dalam membentuk negara bangsa menurut acuan negara Malaysia, penekanan haruslah diberikan terhadap beberapa perkara iaitu untuk mengurus isu perpaduan negara dan intergrasi nasional.Acuan inilah yang telah diguna pakai untuk menyusun atur , merancang, dan melaksanakan pembangunan dan pemerintahan di Malaysia sejak merdaka hingga masa kini. Kemajmukan rakyat Mlaysia daripada pelbagai budaya, agama, dan bahasa telah menjadi perkiraan asas negara untuk terus utuh sampai bila-bila.

  https://news.uthm.edu.my/ms/2018/02/pembinaan-acuan-negara-bangsa/


                                                       



Justeru, pemodenan dan pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis sentimen lama yang sering dikaitkan dengan etnik dan agama. Ia diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang berjaya menguruskan isu perkauman dan agama dalam bentuk pentadbiran negara hingga perbezaan yang wujud diuruskan dengan baik  dan dinikmati bersama oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Matlamat akhirnya, untuk memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat diurus denagn baik dalam proses kerangka negara dan bangsa Malaysia.Pemahaman dan penghayatan prinsip Rukun Negara akan membantu dalam merealisasikan kesinambungan dan kemakmuran hidup dalam negara yang aman damai dan sejahtera.



Comments

Popular posts from this blog

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan perbahasan

Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia

5.2 Konsep Negara Dan Bangsa