Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia



PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD HAIKAL AKASHAH BIN MOHD NOR

SUBJEK : MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

DICIPTA OLEH :

  1. NUR ASYIKIN BINTI AZIZI [14DEV20F1013]
  2. HERY SHAH ADZMIRA BINTI  MOHAMAD AZAM [14DEV20F1009]
  3. AFIQAH IWANI BINTI RIZAL [14DEV20F1029]
  4. NUR ALYA HIDAYAH BINTI MARZUKI [14DEV20F1023]


5.0 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA


PENGENALAN

  Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa sejarah dan titik permulaan. Ianya hasil gabungan daripada gabungan peradaban besar dunia yang didahului dengan peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia iaitu peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh peradaban globalisasi yang bermaksud melalui jaringan digital yang kompleks.  

   Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan. 

     Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di ats landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh islam dan agama - agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Akhirnya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan dalaman yang terdapat dalam aagama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual  atau keilmuan.





Comments

Popular posts from this blog

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan perbahasan

5.2 Konsep Negara Dan Bangsa