Posts

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan perbahasan

Image
  5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan perbahasan Inilah yang dinamakan sebagai “Bangsa Idaman” iaitu sebuah harapan, sebuah idaman, manjalah sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea”BangsaIdaman” sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia.( Shamsul Amri Baharuddin,2011) Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2019), hasrat mewujudkan “Bangsa Idaman” di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing masing merancang untuk mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing –masing yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonom, politik, social dan budaya masing-masing. Sebagai contoh di kalangan kelompok strategik nasionalis melayu terdapat 3 jalur bangsa idaman : Pemerintahan British memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui jawatank...

5.3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

Image
  5.3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan yang lahir dalam satu negara, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain.                                                         Usaha untuk mencapai konsep negara bangsa perlu diutamakan agar penyatuan masih berjalan dan terus memberi perhatian supaya hasrat untuk menjadikan satu negara mengandungi satu bangsa yang dapat dicapai.  Pada 2018, Ku Hasnan Ku Halim mengemukakan pandangan dalam membentuk negara bangsa menurut acuan negara Malaysia, penekanan haruslah diberikan terhadap beberapa perkara iaitu untuk mengurus isu perpaduan negara dan intergrasi nasional.Acuan inilah yang telah diguna pakai untuk menyusun atur , merancang, dan melaksanakan pembangunan dan pemerintahan di Malaysia sejak me...

5.2 Konsep Negara Dan Bangsa

Image
  5.2 Konsep Negara Dan Bangsa                               Konsep Negara Negara merujuk pada sebuah masyarakat yg mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah.  Ciri-ciri Pembentukan Negara: Konsep Bangsa Bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia.  Ciri-ciri Negara Bangsa:

5.1 SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Image
  5.1 SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA A Famosa di Melaka Terdapat 8 lapan kebaikan globalisasi :  v   Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara v   Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah v   Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan maklumat v   Komunikasi yang lebih mudah dan murah v   Peluang luas untuk manusia dari pelbagai etnik, budaya dan agama berinteraksi v   Peluang luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia. v   Penonjolan idea-idea dan ramalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang & hak-hak as...

Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia

Image
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD HAIKAL AKASHAH BIN MOHD NOR SUBJEK   : MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DICIPTA OLEH : NUR ASYIKIN BINTI AZIZI [14DEV20F1013] HERY SHAH ADZMIRA BINTI  MOHAMAD AZAM [14DEV20F1009] AFIQAH IWANI BINTI RIZAL [14DEV20F1029] NUR ALYA HIDAYAH BINTI MARZUKI [14DEV20F1023] 5.0 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA PENGENALAN   Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa sejarah dan titik permulaan. Ianya hasil gabungan daripada gabungan peradaban besar dunia yang didahului dengan peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia iaitu peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh peradaban globalisasi yang bermaksud melalui jaringan digital yang kompleks.      Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu ...